Kontroversi Sumpah (lagu Naim Daniel)

Pertikaian hak cipta lagu "Sumpah" bermula pada Julai 2019 apabila ia dikatakan berkisarkan tentang hubungan cinta Naim Daniel dan Dayana Amerda. Ia dilaporkan bahawa Naim dan Dayana menerbitkan lagu itu pada 2015 semasa mereka masih menjalinkan hubungan.[4]

Hak cipta dan pemilikan bersama

Tidak lama selepas dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-34, "Sumpah" menjadi subjek kontroversi antara Naim Daniel dan Dayana Amerda.[5] Dayana tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa bahawa lagu "Sumpah" nyanyian Naim ialah hasil ciptaan bersama mereka pada 2015. Dayana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap tidak jujur Naim. Ini kerama Naim tidak mendaftarkan nama Dayana sebagai pencipta bersama sebaliknya hanya menamakan dirinya sendiri bersama Omar K sebagai pencipta mutlak lagu itu.[6] Bagaimanapun, Naim dan pengurusannya, World Peace kemudian membuat kenyataan balas dengan menyarankan agar Dayana mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan bahawa beliau ialah pencipta bersama "Sumpah". Namun, kenyataan balas Naim diketakan telah menyinggung perasaan keluarga Dayana. Ini kerana mereka berasa sangat kecewa apabila Naim menafikan hak Dayana sebagai pemilik bersama lagu itu.[7]

World Peace telah menegaskan bahawa lagu "Sumpah" kekal milik Naim dan Omar K. Mereka menjelaskan bahawa Dayana boleh tampil menuntut sebarang hak penciptaan bersama sekiranya beliau berjaya mengemukakan bukti kukuh yang membuktikan bahawa beliau ialah pencipta bersama lagu tersebut.[8] Naim dalam temubual bersama Harian Metro pada Julai 2019 dilaporkan berkata pertikaian lagunya telah selesai sebelum Dayana membangkitkan semula isu itu pada awal 2020.[9] Berikutan isu perebutan hakcipta Naim dan Dayana, ramai pihak mendesak agar kemenangan Naim di AJL34 ditarik balik.

Rujukan

WikiPedia: Sumpah (lagu Naim Daniel) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sumpah-ke... https://music.apple.com/my/album/sumpah-single/145... https://gempak.com/artikel/32617/lagu-sumpah-hak-m... https://www.malaymail.com/news/opinion/2020/02/16/... https://m.malaysiakini.com/hiburan/510216 https://open.spotify.com/track/6JgWlZevrjV6nr6NiNf... https://www.thevocket.com/naim-daniel-tenang-berce... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/07/475084/perti...